Search This Blog

Sunday, January 6, 2013

2013!

Tahun ni, moga aku aktif sebagai perunding kecantikan bebas Mary Kay setelah setahun  tak buat Skin Care Class (SCC). Barang-barang nak buat SCC pun tak lengkap. Banyak dah produk baru. TAk terkejar aku dibuatnya. Hoyeah! Moga berusaha!

Sunday, June 19, 2011

Aku & Nur Kasih The Movie

Salam.

Lama tak menulis dan semak blog. Nak bagitahu, aku menonton Nur Kasih The Movie (NKTM). Aku suka menonton drama Nur Kasih. Tapi, kalau drama ditayang berkali-kali, tak do den nak menonton do...

Aku menonton Rabu lepas. Aku tak pasti, itu tayangan akhir di pewagam ke tidak. Tapi itulah satu-satunya tayangan pada hari tu. 

Tak banyak aku nak komen pasal NKTM ni. Cukuplah aku katakan NKTM ni mengada-ada.

Sunday, March 27, 2011

Kiswah: Catatanku


Memang lama tak baca buku. Tiba-tiba Khamis lepas,  dapat kiriman dari kakak senior bertanyakan Kiswah. Aku belum baca. Entah mengapa kirimannya membuat aku tercabar untuk membaca Kiswah. Jadi, semalam aku mendapatkan Kiswah. 

Apa maksud kiswah? Itulah soalan pertama dalam fikiran. Sebetulnya, kiswah adalah kelambu Kaabah. Kain baldu hitam bersulamkan benang emas. Tahu saja jenis kain itu dengan sulamannya, terus merasakan kain itu sungguh indah.

Persoalan kemudiannya, kenapa tajuknya Kiswah?
Pada suku akhir tahun lepas, aku diperkenalkan dengan Kiswah ini atas perkongsian pautan dari penulis Kiswah itu sendiri; Isa Kamari mengenai novel ini. Apabila membaca perkongsian dari pautan itu, aku berkata: Biar betul? 

Sememangnya aku sedang mengenali penulisan Isa Kamari kerana aku hanya baca sebuah buku sahaja karangan beliau: Memeluk Gerhana. Tanggapan pertama, aku masih belum mengenali penulisan beliau.

Maka, novel kedua dari Isa Kamari yang aku sudah baca sekarang ini ialah Kiswah. 

Kiswah. Kiswah, hmm... Kiswah.

Sebelum membaca Kiswah, aku telah tetapkan untuk  berfikiran terbuka & berlapang dada. Tidak mahu ada pengaruh positif atau negatif semasa membacanya. Dan juga tidak mahu terkesan dengan komentar para pembaca lain yang aku baca dalam talian. AlhamduliLlah. 

Aku mulakan dengan membaca di belakang kulit novel tersebut. Cuma terkesan dengan: "Suami apa kau ni?"

Kemudian aku baca muka surat 9 hingga 23 iaitu pengenalan novel ini dari Isa Kamari. Murni juga niatnya untuk menulis novel seperti ini. Sememangnya masalah sosial di kalangan masyarakat amat merisaukan juga menakutkan. Ini semua tiada didikan takutkan Allah dan tidak sematkan rasa malu dalam diri. Kalau aku nak menulis mengenai ini, memang panjang aku tulis sebab sekarang ini aku dekat dengan seorang anak yang aku kasihan dengan hidupnya.

Separuh masa pertama aku membaca Kiswah, aku merasakan keindahan Kiswah. Apa yang indahnya Ilham oiiiii?

Baik.

1. Indah Bumi Tuhan.
Penceritaan penulis mengenai kecantikan India menawan hatiku. Banjaran Himalaya. (Huuu...andailah aku ada di sana). Pengcahayaan di Kathmandu.

2. Tak banyak dialog antara Iryadi dan Nazreen. Aku suka. 

3. Hal suami-isteri, peribadi  dan sahsiah diri.
Sememangnya banyak hal suami isteri belum ada dalam realitiku, sebab aku belum nikah. Penceritaan hal suami isteri sama ada dalam Kiswah dan dari sumber-sumber yang lain memberi manfaat. Apabila difikirkan, ia kembali kepada jati diri. Apa, mana, bagaimana jati diri kita? Jawablah sendiri, ya.

Banyak pandangan dari ilmuwan bahawa perangai anak-anak yang dipamerkan menunjukkan apa yang dibuat oleh ibu bapa mereka samada ketika ibu bapa itu bujang atau semasa perkahwinan mereka. Bukannya belum ada peluang untuk mendidik anak-anak. Memang ada, kerana Allah Maha Pengampun, Pengasih dan Penyayang. Dan kita sebagai manusia ada otak untuk berfikir. Ada ilmu untuk dipelajari. Ada tubuh untuk mengamalkan. Dan, yang pastinya, apa yang telah kita dapat, kejayaan, penyesalan, kemewahan, kegagalan, kenikmatan, semuanya kena kembalikan kepada Allah. 

Aku nak kongsikan di sini tentang rancangan radio yang aku dengar beberapa minggu yang lalu mengenai seorang pemanggil wanita bertanya: "Bagaimana kita nak jadikan Allah no. 1 dalam hidup, bukan suami." Ya Allah, 'azimnya soalan ini. Ia sesuatu yang baru dalam hidup ini. Aku  tahu, Allah adalah yang teratas dalam segala hal. Tapi, apabila hal suami isteri, aku tak terfikirkan soalan pemanggil wanita tadi.

Soalan pemanggil itu terkenangkan aku mengenai beberapa kenalan aku yang:

Si A: Baru ditalaq 1 oleh suaminya,
Si B: Kenalan aku yang sentiasa buruk sangka terhadap lelaki (cemburu)-Cemburu tu ada bagusnya, buruk sangka tak bagus.
Si C: Kenalan aku yang bengang dengan teman lelakinya.

Yang aku nak ceritakan, si A, si cantik molek pandai bergaya yang datang ke pejabat menangis-nangis sebab malam tadi baru ditalaq oleh suaminya. Memang dia berhak menangis dan sedih. Tapi, bagusnya kenalan aku ini, dia tenang. Dalam dia sedih ada ketenangan selepas dia dilepaskan oleh suaminya. Aku tahu, dia mengamalkan zikir-zikir harian. Dia menghadiri usrah, majlis ilmu untuk makanan rohnya. Maka, selepas mendengar siaran radio tersebut, aku mengiyakan, memang ada isteri menjadikan Allah no. 1 dalam hidupnya, bukan suami. Apapun, hidup perlu teruskan ya. Berharap pada Allah.  

4. Iryadi & Nazreen di Tanah Haram.
Ya Allah. Di tengah-tengah halaman novel ini mengenai suasana di Mekah. Suka. Dekatkan diri dengan Allah. Aku suka, apabila penulis menulis pengalaman Nazreen seorang diri mengerjakan umrah. Kemudian di penghujung novel, Iryadi pula diceritakan mengerjakan umrah. Berasingan.

Pertemuan. Kehilangan. Kehilangan. Kering. Kembali. Pertemuan lagi. Hilang. Gelap.
~Yang menyampah tu, gelap terus di pengakhirannya. Ish! Senyum, ketawa sikit.~

Bagus juga pak cik mengatakan: "Mesti ada perkara yang kau lakukan terhadap Nazreen sehingga Tuhan merampasnya daripada kau!" Hah! Ambil kau. Apabila tidak menghormati manusia/ wanita, baru kau tahu.

5. Jiwa wanita.
Sememangnya, semasa membaca, aku menyelami rasa kasihan kepada Nazreen. 
Wanita itu asalnya berhati lembut. Jika nampak wanita itu lantang, kasar, berperangai keras, mulut becok, jiwanya tetap wanita. Jadi, buat sesuatu (juga dalam hubungan kelamin) terhadap seorang wanita dengan merasakan wanita itu seorang wanita. Bukan seorang barang.

Aku meneliti kulit novel ini, semasa cerita Nazreen membalut dirinya dengan kain cadar. Aku renung kulit novel itu. Masih bertanyakan, kenapa tajuknya Kiswah? Soalan lagi: Adakah Kiswah ini menceritakan sesuatu yang menutupi sesuatu yang kita tidak ketahui isi dalamnya? Seperti kiswah yang cantik menutupi Kaabah yang penuh dengan sesuatu yang kita tidak ketahui? 
Rasanya, aku dah jawab kenapa novel ini diberi tajuk Kiswah. Tapi, ia masih misteri. Hanya penulis tahu dan waLlahu'alam.

Separuh masa kedua pembacaan Kiswah.

1. Jati diri lagi.
Memang biasa, apa bila kita tidak biasa dengan sesuatu keadaan, jiwa kita tak tentu arah. Di sinilah pentingnya jati diri.
Iryadi diceritakan sebagai orang baik semasa zaman kampusnya. Apabila bekerja. Hah! Di mana jati dirimu, Iryadi?

Semasa bekerja, kita yang bawa hala tuju diri kita. Untuk menjauhkan sesuatu yang aku tahu ada perkara haram, aku perlu jauhkannya. Contoh: Majlis makan malam yang aku tahu pasti dihidangkan arak, maka, aku tidak pergi ke majlis tersebut. Apa yang penting, jati diri. Sekiranya ada keraguan, tinggalkan. Jangan sesekali mendekatinya.

2. Iryadi, Ibrahim, Yusniza, Nancy/ Nazirah & ibu Nazirah.  .

Papahan jiwa: iaitu memegang lengan seseorang seolah memberi semangat bagi seseorang yang lemah. Amat mengesankan kata itu: Papahan jiwa.

Pancuran Emas Kaabah: Dalam membaca mengenai Masjidilharam, aku tanya mak aku: "Mak, kat Kaabah ada pancuran emas ya?"
Mak aku pun jawab. "Ada. Kat situ ada sudut yamani, sudut syam, bla...bla.."
Wah...mak aku masih ingat walaupun 26 tahun yang lalu ke sana.
"Pancuran emas tu keluarkan air ke?"
"Tak."
"Kenapa namanya pancuran emas?"
"Dah namanya begitu."

Hmmm...nampak sangat banyak aku tak tahu mengenai Kaabah. Malu lak aiiii...

Amat terkesan membaca muka surat 240. Bagusnya Iryadi takut. Bukan senang nak menangis semasa mengerjakan ibadat. Nak buat-buat menangis pun susah. Tanya jiwa sendiri.

3. Sekiranya ada pembaca mengatakan buku ini menginsafkan, Ya, memang menginsafkan. Tapi, perkataan pertamaku setelah habis baca novel ini, bukan "Insaf". Tetapi: "Kenapa akhirnya macam ni?" :)

Kesimpulan

Ini novel jati diri ya, bukan novel ada unsur tak beradab/ lucah.

Tuesday, March 8, 2011

Klik Klik: Seronok juga ya!

Assalamualaikum, semua.

Wah, lamanya tak blogging (dan tak semak blog).

Kali ini saya nak kongsikan cerita saya mengikuti sesi model photoshoot (out door) di luar kawasan saya. Cewah! Luar kawasan konon.

Saya mendapat personal message dari kenalan, Nus: "Nak jd makeupartist x utk model photoshoot (outdoor)."

Baca perkataan "make up artist" tu amatlah menggerunkan aku. Tapi, sahabat aku, Rela, mengatakan, bila kita menyolek orang, memang orang panggil kita make up artist. Lainlah Make Up Artist (Professional). O, OK.

Jadi, bila dapat mesej dari Nus, banyaklah aku letak syarat tentang cara solekan aku. Aku ingat, dia PASTI tak nak. Rupanya, dia jawab: "Itu yang saya prefer." Hah, terkejut den!

Dia pun tunjuk gambar macamana solekan yang dia nak. Aku tengok, O, nak macam ni... maka aku pun kata kepada Nus:  "Tapi, jemputan ni, akak suka dan akak raikan. :) ". Maksudnya, aku terima pelawaan dia untuk jadi menyolek model untuk sebuah sesi photoshoot.

Pada hari Ahad itu, di sebuah pusat perniagaan yang cantik, aku mula menyolek model-model yang cantik itu. Mira & Emy. Mak aiii...tingginya dia orang. Kemudian, datang pula seorang kenalan aku, Kak Wa. Laaaaa... baru aku tahu photoshoot ni untuk promosi busana yang akan dilancarkan akan datang. Ya Allah... baru aku sedar, aku terima solekan photoshoot ni tanpa mengetahui photoshoot ni untuk apa. Hahaha.

Untuk Mira, aku buat solekan penuh. Untuk Emy, anak buahku, Hidayah menyolek bahagian mata. Ada bakat juga anak buahku ini dan dia pandai pilih warna! Terima kasih Hidayah. Sayaaang kamu!

Jadi, inilah hasil solekan kami semasa photoshoot itu. Solekan ini sepenuhnya dari produk Mary Kay tau. Heee...
Emy 


Mira

Terima kasih Nusrah memberi peluang akak untuk menyolek model-model dan mengikuti sesi photoshoot.
Terima kasih Mira yang ayu & Emy yang ceria.
Terima kasih Kak Najwa. Busana itu amat saya suka!
Terima kasih Hidayah, menemani Mak Cik Ilham ini. Dapatlah Hidayah buat keputusan, bidang apa yang Hidayah nak ceburi nanti.

Klik sini untuk melihat busana-busana dari harmanadesign : http://harmanadesign.com/

Friday, February 25, 2011

Buku: Rak 1

Apa kena aku hari ini. Ambil buku-buku di rak, taip:

1. Yaasiin, Tahlil. Al-Ma'surat, Zikir, Ibadah Sunat dan Doa-doa- Penyusun: Haji Johari Alias.

2. Hasan Al-Banna, Sepuluh Wasiat, Pustaka Salam. Kena pulangkan kepada tuanpunya buku ini; Fatin.

3. Qiyamullail dan Doa Amalan RasuluLlah S.A.W, Terbitan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM)

4. Ermmmm... siapa punya Tokoh-Tokoh Gerakan Islam Abad Moden, Zainudin Hashim, Riduan Mohamad Nor. Ohh! Aku beli tahun lepas di jualan kedai buku POPULAR di Terminal 1. (Macam tak habis baca je.)

5. Ingin Jadi NasraLlah, Faisal Tehrani. Lukisan di kulit buku ini mengingatkan aku akan lukisan yang aku lukis diantara tahun 1993 ke 1995. Dimanakah lukisan itu?

Oh, apabila aku lihat di sebalik kulit buku ini, rupa-rupanya lukisan ini ilustrasi "Kawat Duri" oleh Sinaganaga. Aku suka lukisan Sinaganaga sejak aku melihat lukisannya di kulit buku Tuhan Manusia.

6. Siapa pula punya buku Tafsir Quran untuk Kanak-Kanak Bergambar - Surah al Fatihah, , PTS, Dr. Afif Muhammad? (Ini memang nampak sangat aku tak baca lagi) Ahaks. Memang bukan aku punya.


Saturday, February 12, 2011

Solekan bibir.

Assalamualaikum & hai semua.

Hari ni, aku nak cerita mengenai solekan. Macam gempak je kan bunyi "cerita mengenai solekan" tu? Tak gempak pun. :) 

Sebenarnya , aku nak ceritakan mengenai diriku dan solekan. Aku kenal solekan masa sekolah menengah. Kawan-kawan sekeliling aku cantik-cantik belaka. Aku tak tahu nak cantikkan diri. Aku fikir nampak kemas dan sempoi sudah. Nak diceritakan masa usia ku 13 ke 15, aku kenal lip balm. Kata kawanku, lip balm ni untuk tak nampak bibir kering. Aku pun belilah lip balm tu (Lip balm tu berperisa). 

Suatu hari, aku baca satu artikel yang ada sebahagian lip balm berperisa akan merosakkan bibir, oh, selamat tinggal lip balm itu, aku tak beli sudah. Aku hanya beli lip balm yang ada Vitamin E dan ada penghalang cahaya matahari. Aku pakai lip balm sehinggalah aku bekerja. 

Apabila aku bekerja, gincu adalah suatu kemestian. Seperti biasa, aku suka warna yang nampak bibir itu semulajadi. Macam-macam jenama gincu aku cuba, dan semuanya buat bibir aku kering ada yang nampak bibir macam berkilat sangat macam ada air liur je kat bibir. Haha. Dan terpaksa aku guna lip balm dulu, baru aku guna gincu.

Jadi, aku tak suka guna gincu dan kembali guna lip balm sahaja. Kalau tak guna gincu, mesti bos aku tegur: "Ilham, awak kena make up!" Huuuu... Iyolahhhh... Sehinggalah aku kenal Mary Kay, apabila aku beli set Botanical Customized Skin Care, konsultan aku beri hadiah percuma gincu. Suka! Aku diberi Mary Kay Creme Lipstick warna Toffee. Sekali pakai, wah! Bibir tak rasa kering, ia tahan lama dan licin apabila menggunakannya. Jadi, selamat tinggal lip balm jenama tooot, selamat tinggal gincu jenama tuuut dan jenama teeet itu. 

Sekarang ni, aku sudah gunakan warna gincu Mary Kay Creme Lipstick warna: Toffee, Icy Peach, Dusty Rose. Warna-warna ni memang belian hangat di Mary Kay! Gincu ini khas untuk kerja atau bila-bila aku suka pakai.

Untuk aku outing di hari biasa selain bekerja, aku suka menggunakan Mary Kay Tinted Lip Balm Sunscreen SPF 15. Aku telah menggunakan warna Apricot dan Blush! Warna Apricot tu, ramai yang suka! Auw! Warna Blush tu, adik aku kata macam warna bibir aku selepas makan makanan pedas. Tentulah! Namanya pun Blush. Haha. Maknanya, warna itu nampak natural. Aku suka!

Apabila aku nak nampak bibir lain dari lain, aku akan pakai Mary Kay Liquid Lip Color warna Raspberry Ice. Wow! Warna ini ramai yang suka!


Untuk nampak bibir aku ni kekal warnanya dan nampak gorgeous (perasan ya!) aku guna Mary Kay Lip Liner untuk keliling bibir, sapuan penuh Mary Kay Creme Lipstick di bibir dan calitkan Mary Kay NouriShine Lip Gloss di tengah bibir. Heee... Selalu solek begini jika ada program Mary Kay atau pun apa-apa jemputan.

Dari kiri: Lip Liner-Neutral, Creme Lipstick-Toffee, Creme Lipstick-Icy Peach, Creme Lipstick-Dusty Rose dan NouriShine Lip Gloss-Starry.

Kadang-kadang, bibir aku terlalu kering sebab tak banyak minum air kosong. Jadi, kulit kering, kulit mati di bibir tu nampak tak sesuai. Maka, aku gunakan Satin Lips Lip Mask selama 5 minit, bersihkan bibir dan aku sapukan Satin Lips Lip Balm sebelum tidur. Bagi spa kat bibir aku ni...kesian bibirku. Bagi belai sikit. Yang seronok guna Satin Lips Lip Mask Satin Lips Lip Balm ni, bibir akan kelihatan sihat, sentiasa merah dan garis hitam dikeliling bibir aku ni berkurangan. Hoyeh! Kadang-kadang suka je sebab tak payah pakai lipstik, lip balm bagai. :D Aku suka tak bersolek sebenarnya. ;)


OK, setakat ini sahaja mengenai solekan bibir yang aku kongsikan kepada kamu semua. :)
Jumpa lagi!



Tuesday, February 1, 2011

Rajin & Bertindak!

 Hai & Assalamualaikum semua pembaca blog ilham Mary Kay.

Helo Februari.

Wah wah wah... terasa lama di bulan Januari ini. Manakan tidak, tiap-tiap minggu fikirkan apa yang diusahakan untuk berkongsi Mary Kay dengan wanita di luar sana. 

Oh ya bercakap mengenai bertindak dan rajin, saya baru baca novel Interlok karangan Sasterawan Negara Abdullah Hussain. Indah bukunya dan tak perlu dipinda. :) Salah satu dapatan dari buku itu adalah, kita kena rajin berusaha. Lebih rajin. Ya, lebih rajin, kawan. 

Atas semangat selepas membaca Interlok, saya kena rajin dan bertindak dengan apa yang diazamkan. 

Inilah aktiviti Mary Kay pada bulan Januari:

Khamis (cuti am-Thaipusam)

Ke Bengkel Kecantikan di Dataran Prima Pandan, Ampang anjuran Pink Power Unit. Senior Director Abique yang mengendalikan bengkel ini. Wow! Dapat juga tengok bagaimana Kak Abique mengendalikan Bengkel Kecantikan. Hebat! Ramainya tetamu. Bilalah Seremban nak ada tetamu seramai ini. Terima kasih Zaty dan Maz atas kehadiran kalian. Kami suka. Dan terima kasih Shahadah sempat singgah. Dan terima kasih Recruiter saya yang juga sahabat baik saya Zalilah yang menemani saya ke Ampang. Seronok!



Ahad 30 Januari

Usahasama Mary Kay Skin Care Class (SCC) dengan Zalilah sempena pelancaran perniagaan Nasi Dagang keluarganya di Taman, Guru Senawang. Terima kasih Diyana, Dalilah, Su dan Kak Azi serta tetamu Zalilah yang hadir. Lepas SCC, kami menikmati nasi dagang. Nyum Nyum! Sedap, lepas ni, boleh beli. Yey!

Dan seronok apabila nampak sendiri perubahan kulit muka sahabat saya, Shahadah setelah 8 hari menggunakan TimeWise Miracle Set (3 in 1 Cleanser, Age-Fighting Moisturizer, Day Solution Sunscreen SPF 25 dan Night Solution). Mukanya tidak nampak kusam dan kering lagi.
  
Inilah kali pertama saya mengendalikan Skin Care Class & Basic Make Up hampir 3 jam lamanya seorang diri dan dibantu oleh Zalilah. Phewww...letih tapi seronok! Selepas ini kena buat persediaan mental dan fizikal untuk Skin Care Class akan datang. Kena rajin dan bertindak. Semoga Berjaya! Yeah! Berusahalah!!!